Jumaat, 15 Disember 2017

Bahagian Lima: Mengenai Haid, Nifas dan Istihadhah

Pengertian Istihadhah

Istihadah dari sudut bahasa ialah mengalir. Pengertian dari sudut istilah syarak adalah darah yang keluar dari faraj wanita selain daripada darah haid dan nifas.

Cara mengetahui Hukum Istihadhah, mengetahui samada darah itu adalah darah istihadhah

Hukum dan cara bagi mengetahui bahawa darah yang keluar daripada faraj wanita itu adalah darah istihadhah, melalui mengetahui SIFAT-SIFAT DARAH yang terbahagi kepada TIGA BAHAGIAN. Melalui tiga bahagian inilah untuk memastikan bahawa DARAH yang keluar itu adalah DARAH LEMAH atau DARAH KUAT. SEMAKIN GELAP WARNA DARAH, MAKA SEMAKIN KUAT TINGKATAN DARAH. SEMAKIN CAIR WARNA DARAH, MAKA TINGKATAN DARAH ADALAH SEMAKIN LEMAH.

 jika sifat kuat dua, maka darah itu dikategorikan sebagai kuat. walaubagaimanapun, kedudukan tingkatan kuat itu dipastikan dengan turutan warna darah yang keluar.



Kenapa penting memahami sifat-sifat darah, dan mengetahui darah lemah atau darah kuat?

dengan memahami sifat-sifat darah inilah yang akan memastikan bahawa darah istihadhah yang keluar itu adalah darah KUAT atau LEMAH. DARAH KUAT dan DARAH LEMAH inilah yang memastikan bilakah waktu DATANGNYA HAID dan WAKTU SUCI, ATAU BILA NIFAS. situasi ini penting kerana perempuan yang istihadhah adalah perempuan yang farajnya sentiasa mengeluarkan darah samada dalam keadaan dia SUCI. DARAH LEMAH itu boleh dikategorikan sebagai waktu suci bagi wanita yang istihadhah berdasarkan bilangan-bilangan hari mengikut jenis-jenis perempuan mustahadhah (perempuan yang dihinggapi istihadhah). apabila DARAH itu dikategorikan lemah dan wanita itu dalam keadaan suci, maka dia kena solat seperti biasa, berpuasa di bulan ramadhan dan boleh menjalinkan hubungan kelamin. begitulah pula apabila darah itu KUAT, maka wanita itu HAID dan tidak perlu bersolat, kene ganti puasa ramadhan dan tidak boleh melakukan hubungan suami isteri. bahkan untuk memastikan bila waktunya seseorang wanita itu boleh mandi wajib sesudah habis kiraan HAID/NIFASnya.



Khamis, 14 Disember 2017

Bahagian Empat: Mengenai Haid, Nifas dan Istihadhah

Kalendar di bawah menunjukkan bilangan hari nifas bagi wanita yang telah bersalin. Bagi tempoh wanita yang tempoh nifasnya ialah 60 hari 60 malam, jika wanita itu bersalin pada 1/1, maka tempoh nifasnya ialah bermula dengan 1/1 sehingga 29/2. 

Jika wanita itu kadar nifasnya adalah 40 hari 40 malam, maka jika wanita itu bersalin pada 1/1, maka tempoh nifasnya ialah bermula 1/1 sehingga 9/2. 

Tempoh nifas paling pendek ialah sedetik. Sebagai contoh mengikut jadual jam di bawah. Jika wanita bersalin pada jam 1.00pg pada hari isnin. maka darah yang keluar setelah bersalin (bayi keluar) itu dikira nifas walau dengan kadar SEDETIK iaitu darah yang keluar dari jam 1 pagi hingga jam 1 dan 1 saat. Sedetik itu ialah  sesaat. yang mana 60saat itu ialah satu minit.

1 detik = 1 saat 





Rabu, 13 Disember 2017

Tidak bersyukurkah kita?

Sebuah perkongsian cerita untuk merenungi diri..

Perbualan menerusi Wassup mesej

Ibu: boleh balik tak hujung minggu ni. mak ade niat nak masak pulut kuning dan sedekah. sempena hal Ilham (adikku) yang baru pulih daripada penyakit. (Alhamdulillah)

Aku: Boleh in syaa Allah. Sabtu pagi 'Aishah balik mak. in shaa Allah


Seperti yang ku janjikan aku kembali pada pagi sabtu. kebetulan tarikh aku pulang tarikh kelahiran kakakku. dengan niat nak surprise aku diam@ beli kek, menuju ke kedai kek kak yah, kedai orang melayu muslim dan in shaa Allah terjamin halal dan rasanya sodap.

setibanya di rumah sudah dekat nak pukul 1tghari. aku sampai serentak dengan kepulangan mak aku dari menghadiri kenduri kawen. macam biasa rutin  bila sampai je dari kepulangan, akan bersalam mesra la, dengan mak dan ayah. kemudian, mencari si empunya badan yang lahirnya pada 9/12/2017. dalam bilik,, hahah.. aku pun terus ke meja dan membuka kek untuk kakak,,,... selamat harijadi.... adik, mak dan ayahku, mengucapkan selamat dan pelbagai doa buat kakakku.. sesi berpelukan terharu..huhu...

Kemudian mak aku cakap, suruh makan pulut kuning dan kari daging. rupanya dah ade siap pulut kuning dan kari daging meletop, mak aku masak untuk makan seisi keluarga. ape lagi, dah pukul 1tghari, memang perut tengah berkeroncong pun... xsedau.. 2 pinggan aku melantak.. huhu.. kekenyangan..

siap makan dan bersolat zuhur. ayah aku dah keresahan, sakit katanya. memang ayah aku sejak kene strok dan slip disc tahun 2015, sarafnya rosak dan mengalami sakit berterusan, bertahan dengan menggunakan ubat tahan sakit. seperti minggu yang lalu, ayah aku mintak di ruqyah. aku ingat pesan arwah tuan guru aku. kalu orang dah mintak tolong diruqyahkan,... tolong.. tapi seeloknya jangan minta untuk diri sendiri memandai nak ruqyah orang apatah lagi paksaan. atas ihsan dan tanggungjawab sebagai anak, aku pun kumpul semangat dan kekuatan untuk meruqyah ayah aku.

dulu2 aku ruqyah guna ayat syifa' biasa. kini aku cuba beberapa ayat, semua asas yang aku pelajari dan apa sahaja ayat hafazan yang aku hafal, aku baca je sambil duk urut kaki ayah aku tu. aku baca kuat2. yang tak berapa ingat aku baca perlahan2 dulu.. huhu.. biasa la strok ni ade campur dengan angin. sendawa juga la masa urut dan ruqyah,.. berpeluh jugak meruqyah ni rupanya.. selalunya praktikal tengok perawat je yang meruqyah.. ha.. skang baru faham risiko dan ape yang perlu perawat lalui.. sebab tu jangan memperlekehkan orang yang dah tolong rawat kita.. bukan senang nak meruqyah orang ni.. kebersediaan orang tolong nak meruqyah tu pun dh dikira rahmat.

jadinya dalam masa 2 hari.. dapatla 2x jugak ruqyah.. petang sabtu.. pagi ahad.. moga dapat membantu.. aku ikhtiar.. selebihnya biiznillah.

makcik aku dari kuantan pun sampai dengan kakak aku dari kuantan.. bende tak dirancang.. tengok2 kakak aku yang dikuantan pun beli kek jugak untuk kak ngah... wah... 2 biji kek untuk dia.. sedap.. kek red velvet dengan cheese yang tebal.. sesuai dengan regenye.. aku beli kek biasa je.. ala2 coklat indulgence secret resepi.. huhu..

proses membuat pulut kuning pun bermula.. target dalam 20-30 orang.. buat pulut kuning berlaukkan black pepper.. jadi.. sekilo untuk keluarga.. yang selebihnya packing untuk orang masjid.. dapatla dalam 2o biji cup.. alhamdulillah.. dapat juga melangsaikan niat mak... moga diterima Allah..

lepas asar aku memang target nak gerak balik.. alhamdulillah.. aku bersyukur pda Allah sebab dapat tolong sedikit sebanyak untuk keluarga.. kebiasaannya sebelum balik memang akan berkumpul di ruang tamu dan berborak dl.. dalam berborak ade lah dialog..

Ilham: kak ko keje ape skang? 
Aku: keje pembantu penyelidik kat UTM. contract. bulan 12 ni abisla
Abah: emhh... keje sementara je...

sedang bercakap ade yang bukak cerita lain. jadi putus mcm tu je la cerita hal keje aku td..

sebenarnya ni dah 2x ayah aku bernada sinis dan memperlekehkan kerja aku yang sebagai kerja kontrak/sementara, yang tidak tetap la kiranya. sekali dulu depan keluarga rakannya. kali ni depan seluruh keluarga. terus terang aku terasa hati dengan nada itu. aku sendiri bersyukur aku masih ade kerja walau orang nak hina kerja itu sementara atau tetap. yang pasti aku berusaha bekerja, alhamdulillah dengan gaji kerja sementara inilah aku dah dapat abiskan bayar kereta dan in shaa Allah hutang belajar aku (ptptn).

kadang2 kita tak sedar perbuatan kita itu menunjukkan kita tidak bersyukur dengan pemberian ALLAH. rezki anak itu rezki keluarga. kecik rezki anak, kecikla rezki keluarga. Doakanlah yang baik2 untuk anak kalian. jangan jatuhkan perasaan anak2.

semoga cerita ini dapat memberi iktibar.. yang baik boleh dijadikan contoh.. yang tidak baik boleh dijadikan sempadan.







Jumaat, 8 Disember 2017

Jerusalem or Baitul Maqdis and Masjid Al-Aqsa


Masjid yang penuh barakah dan kiblat pertama umat islam, iaitu masjid Al-Aqsa adalah masjid yang punyai barakah buat umat islam. mempertahankan baitulmaqdis dan masjid al-aqsa samalah mempertahankan keberkahan hidup umat islam. disitu (Masjid al-aqsa) dan sekelilingnya (seluruh baitulmuqaddis) Allah telah tulis terdapat keberkahannya seperti di surah Al- Israa' Ayat 1 di atas.

Masjid Al-Aqsa, masjid yang penuh keberkatan dan merangkumi kawasan sekeliling iaitu Baitul Muqaddis (Jerusalem) yang kini telah diisytiharkan sebagai capital of israel by donald trump. Tidak mahukah kita mempertahankan tempat yang Allah telah janjikan keberkahannya di situ buat kita sebagai umat ISLAM!


Khamis, 7 Disember 2017

you will miss the precious moment...

28 mei 2016 tanggal yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. dengan pantas aku packing keperluan asas memandangkan rasa nak cepat sampai melihat sendiri keadan orang yang aku paling sayang dalam dunia ni. orang yang menjaga aku dari lahir dengan penuh kasih sayang dan ilmu di dada. ye ibu tua inilah yang mendidikku, membentuk akhlakku. alhamdulillah aku x panik mendapat berita ini. aku tenang hingga tiba ke DMS.

setibanya di rumah, ruang pertama yang aku tuju ialah bilik "mok". ibu tua ini tengah nyenyak tidur berbaringan hanya ditutupi sehelai selimut tanpa pakaian dan bermandikan air kencing. aku memanggil ibu ini, ye dia celik separa sedar dan aku xpasti dia mengenali aku atau tidak. ape yang aku fikirkan. aku perlu mengalihkan ibu ini, memakaikan pakaian dan bagi ibu ini selesa. xlama kemudian ibu kandungku datang. dia xlarat nak pakaikan pampers pada "mok" (ibu kpd mak aku dan nenek kpd aku). slps jatuh di bilik air nenek aku mmg xde tenaga. dan mak kandung aku mmg dh berusia jgk. jd aku memanggil adik lelaki aku utk mengalihkan posisi nenek aku. ternyata badannye semua sudah bisa dan sakit2 apabila disentuh. "mok" menjerit kesakitan apabila di angkat oleh adikku. dalam kepala aku fikir, jgnla ade patah atau retak.

alhamdulillah Allah bagi aku ilham teringat kepada bagaimana cara kakitngan hospital mengalihkan pesakit yg bed ridden dr katil. derang x angkat dgn sentuh directly badan pesakit. tapi angkat guna cadar. jadi aku aplikasi pada "mok" aku ni. aku lapik kain batik bawah badan "mok" dan menariknya menggunakan kain. beban utk aku tarik pun reduce dan pesakit pun xrs sakit (utk pergerakan atas katil). alhamdulillah. siap berpakaian dan baring di tempat yg selesa. nak dibawa ke hospital "mok" xmau. takut ditahan di wad katanya.  semua mak2 dan pak2 sedara telah dihubungi.

tepat jam 12 tghari. aku tanya samada mak nak makan atau x. mak xde selera dan xmau makan. tp utk menambah tenaga, aku bancuh jugakla nestum oat tu. alhamdulillah "mok" makan jugak sikit. memang bed ridden. bangun utk duduk kene angkat. duduk kene ampu. dan masa menelan sakit dada dan rusuk kanan. jatuh tehempas di bilik air seorang diri. asalnya masih boleh berjalan dan masih sihat wal afiat.

peristiwa ni berlalu kira2 seminggu je nak ramadhan 2016. melihat keadaan "mok" memang aku fikir nak kene ade org jaga. memang dh niat aku nak jaga. cuma dalam kepala fikir jgk ade komitmen hutang ptptn dan hutang kereta dan belum lagi isytihar hutang dengan kpt. xde ape yang aku fikir. aku fikir nak balas jasa ibu tua ini yang telah mendidik aku. alhamdulillah. dengan didikannya aku kenal al-quran. dapat mengaji, terapan akhlak dan nilai2 murni. semua Allah tumpangkan pada ibu tua ini utk mendidikku. perkara yang aku tak tau mcm mn nak balas melainkan membantu setakat mampu di saat getir begini. ibu tua ini juga sendiri meminta aku berhenti keje dan menjaganya. memang aku keje sendri jer skang memandangkan xdpt keje tetap lg.

ptg, waktu asar makcik aku yang dari johor dan bangi sampai. derang bawak sup.alhamdulillah mak nak makan nasi skit. dan dah mula sedar sepenuhnya. derang stay. makcik aku yang bangi tdo DMS tp yg johor tdo di homestay. keesokkannya, masing2 akan bersurai. "mok" pun dah boleh duduk atas wheelchair. alhamdulillah. sblm pulang. makcik aku yg bangi dan johor, bertanya. boleh ke kalu aku jaga mak derang. aku pun menerangkan kondisi aku. alhamdulillah. derang bantu aku lunaskan hutang ptptn n kereta. alhamdulillah. 2 pekara ni yg buat aku runsing. jd aku boleh fokus pd "mok".

seketika kenangan menggamit.. kini 'mok" dah tak de... Alfatihah buat "mok".. hasmah binti sulaiman. semoga mok dalam kalangan orang yang soleh. aamiin

Bahagian Tiga: Mengenai Haid, Nifas dan Istihadhah

Pengertian Nifas:

Nifas dari sudut bahasa ialah melahirkan. Pengertian dari sudut istilah syarak pula ialah darah yang keluar dari faraj wanita selepas bersalin.

Darah yang keluar semasa wanita tengah sakit nak bersalin tidaklah dinamakan nifas ataupun haid, ia adalah darah ISTIHADHAH walaupun keluarnya melebihi 24 jam. Maka wanita itu masih diwajibkan bersolat. walaubagaimanapun, jika darah itu bersambung dengan darah haid sebelumnya, maka itu adalah darah HAID.

Tempoh Nifas:

Sekurang-kurang tempoh nifas adalah SEDETIK. Kebiasaannya 40 hari 40 malam dan sebanyak-banyaknya adalah 60 hari 60 malam. Ketetapan ini berdasarkan penelitian dan kajian Imam Syafi'e terhadap wanita-wanita arab.

60 hari itu dihitung bermula daripada lahirnya keseluruhan tubuh si bayi (rahim kosong). Masa Yang dihukumkan nifas itu bermula saat keluarnya darah apabila rahim telah kosong iaitu sesudah melahirkan. walaupun darah keluar secara terputus-putus, selagi tempoh putusnya itu tidak melebihi 15 hari, selama dalam lingkungan 60 hari itu, maka waktu suci (kosong tak keluar darah) itu dikira tempoh nifas.

Darah yang keluar selepas tempoh nifas iaitu melebihi 60 hari, maka itu dinamakan darah HAID. Jarak waktu berhentinya perantaraan NIFAS dan datangnya HAID paling pendek hanya seketika. tidak disyaratkan tempoh suci antara haid dan nifas, bahkan waktu suci antara keduanya boleh jadi hanya sehari atau kurang.

Apabila darah nifas telah berhenti. Dan kosong tidak keluar darah ataupun suci selama genap 15 hari. walaupun dalam tempoh 60 hari. maka darah yang keluar selepas tempoh genap 15hari suci itu dinamakan HAID.

Jarak Hari antara kelahiran bayi dan keluarnya Nifas:

Jarak yang PALING LAMA antara kelahiran bayi dan keluarnya nifas adalah 15hari. Jika lebih daripada itu maka darah itu tidak dinamakan nifas, akan tetapi disebut sebagai darah haid.



Rabu, 6 Disember 2017

Bahagian Dua: Mengenai Haid, Nifas dan Istihadhah

Makan ubat untuk hentikan haid atau suci:

Haid atau suci yang diusahakan dengan ubat hukumnya adalah sah. Ketika keluar haid dengan memakan ubat,  ianya diharamkan bersolat dan sebagainya. manakala ketika suci yang juga diusahakan dengan memakan ubat, ianya perlu bersolat dan sebagainya dan halal untuk bersetubuh.

Apabila Keluar Haid, maka berhenti serta merta daripada bersolat, berpuasa dan sebagainya (tak perlu tunggu 24jam):

apabila telah cukup syarat untuk datangnya haid pada seseorang perempuan itu, maka apabila keluarnya darah samaada perempuan yang pertama kali datangnya haid (mubtadiah) atau yang sudah pernah mengalami haid (mu'tadah) ianya terus dikenali sebagai HAID dan tidak perlu menunggu 24 jam.

Erti tidak perlu menunggu 24 jam disini ialah apabila keluarnya darah itu, perempuan itu dilarang melakukan perkara yang dilarang ketika haid secara serta merta, yakni tak perlu tunggu cukup 24jam baru berhenti melakukan solat atau puasa atau sebagainya. perempuan itu kene berhenti terus berhenti secara serta merta dari bersolat, berpuasa dan haram bersetubuh.

walaubagaimanapun, jika darah itu keluar tidak mencukupi 24 jam itu, ia dikira istihadah dan wajib untuk perempuan itu qada' setiap waktu dan puasa ramadhan yang telah ditinggalkan.




Isnin, 4 Disember 2017

Bahagian satu: Mengenai Haid, Nifas dan Istihadhah

Pengertian Haid:

Haid dari sudut bahasa adalah mengalir. Pengertiannya dari sudut istilah syarak pula ialah darah yang keluar dari faraj perempuan yang umurnya sudah mencapai akil baligh, iaitu apabila telah mencapai umur 9 tahun hijriyyah (mengikut kiraan qamariah) atau kurang (tidak cukup) 16 hari darinya yang bukan disebabkan oleh penyakit atau bersalin.

Merujuk kepada 9tahun hijriyyah, jika dilihat kepada tahun Masihi, ianya berumur 8tahun. kerana selang masa masihi dan hijriyyah ialah setahun, masihi lambat setahun daripada hijriyyah.

Hukum mempelajari ilmu Haid, nifas dan istihadhah:

Hukum mempelajari tentang darah haid, nifas dan istihadhah adalah WAJIB dan DITUNTUT sebagai FARDHU AIN ke atas setiap wanita. Maka haramlah ke atas suami melarang isterinya dari pergi mempelajari ilmu haid sekiranya dia tidak mampu mengajarkannya.

Tempoh Haid dan Suci:

Sekurang-kurang tempoh haid adalah sehari semalam iaitu 24jam, samada keluarnya terus menerus atau terputus-putus. Tempoh paling maksimum haid ialah 15 hari 15 malam samada keluarnya terus menerus atau terputus-putus. Yang dimaksudkan terus menerus keluarnya darah ialah, sekiranya dimasukkan dengan kapas ke dalam faraj, masih terdapat kesan darah, walaupun darah tidak keluar ke bahagian yang wajib dibasuh ketika istinja'.

Maksud dan situasi berhentinya darah adalah:

1. kering tiada apa yang keluar dari faraj dan juga pada kapas apabila dimasukkan ke dalam faraj
2. Basah atau jernih pada kapas apabila dimasukkan ke dalam faraj
3. Basah seperti hingus cair pada kapas apabila dimasukkan ke dalam faraj
4. Keluarnya keputihan (ianya warna seperti kepala santan)

Situasi darah haid pada wanita:

1. mencapai akil baligh 
iaitu apabila telah mencapai umur 9 tahun hijriyyah (mengikut kiraan qamariah) atau kurang (tidak cukup) 16 hari darinya yang bukan disebabkan oleh penyakit atau bersalin. Mesti sekurang-kurang tempoh haid adalah sehari semalam iaitu 24jam, samada keluarnya terus menerus atau terputus-putus.

2. Darah yang keluar ketika wanita mengandung.
iaitu jika darah itu keluar mencapai sekurang-kurang tempoh haid iaitu sehari semalam iaitu 24jam, samada keluarnya terus menerus atau terputus-putus. serta keluarnya sebelum terasanya sakit bersalin. (sebelum tiba masa untuk bersalin)

3. Darah yang keluar di antara kelahiran bayi kembar.
iaitu darah yang keluar setelah bayi pertama keluar sementara menunggu bayi berikutnya lahir. jika darah itu mencapai sekurang-kurang tempoh haid iaitu sehari semalam iaitu 24jam, samada keluarnya terus menerus atau terputus-putus. situasi jika kelahiran bayi kembar itu ada jarak masa. darah ini dikira HAID kerana darah nifas itu bererti apabila rahim seseorang itu telah kosong.


Kenapa perlu mempelajari Hukum Haid, Nifas dan Istihadhah:

Kerana apabila darah itu dikenali sebagai Haid dan Nifas, perempuan itu dilarang untuk mengerjakan solat, berpuasa dan hubungan suami isteri. Perempuan itu wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan di bulan ramadhan kerana HAID dan NIFAS.

Apabila darah itu pula dikenali sebagai darah istihadhah, perempuan itu wajib bersolat, berpuasa  (RAMADHAN) dan boleh berhubungan suami isteri.