Jumaat, 31 Julai 2009

a true story... hukum tetap hukum

one day.. di sebuah perkampungan.. tinggal seorang anak perempuan yang dah agak lanjut usianya tapi masih belum bertemu jodoh dengan ibundanya. si anak perempuan ni berkerjaya sebagai seorang guru sekolah menengah... memiliki sebuah kereta tapi tidak mempunyai rumah.. adik beradik yang lain sudahpun mendirikan rumah tangga. si anak ni seorang yang sangat panas baran... manakala ibunya seorang yang sangat baik.. pendiam tak banyak cakap.. pantang tersilap pasti si ibu di marahi si anak perempuan nya ni... di tengking... sesuka hati... tapi si ibu tetap berdiam diri.. membiarkan saja... sehingga ke satu tahap pernah si anak melemparkan pinggan nasi kepada ibunya.. kalu tidak bertegur sapa dengan si ibu dialah orangnya.. tapi hati ibu.. tetap menerima anaknya walau apa yang anaknya lakukan padanya...

bukan sahaja kasar dengan ibunya.. dengan haiwan pun si anak ni pukul.... hingga pernah kucing peliharaan adiknya mati dipukulnya... tapi si ibu simpan rahsia.. bila si adik nya pulang ibunya hanya katakan kucing itu mati sakit tua... saban hari.. perangai si anak tak juga berubah... berkasar dengan ibu.. jiran tetangga.. si anak juga seorang yang bermulut laser... tak kira dengan sape pun...

nak dijadikan cerita.. si anak ni cikgu yang jauh dari rumah, maknanye berulang alik pergi keje .. pejalanan yang mengambil masa dalam sejam jugak... so.. one day.. around 7.00 - 7.30 ptg... masa si anak on the way pulang.. dia pulang berdua dengan member dia... tengah.. biasa la pasti ade kenderaan lain.. so si anak ni memang drive laju la.. even turun bukit pun tekan minyak.. tak pernah la kurang dari 120km/j kalu dh mula speed tu... so tgh bersembang ngan member si anak ni dah nampak ade sebuah motor kat depan so dia macam nak pintas la... unfortunately...
motor tu dari belah kiri jalan terus belok (macam u turn ) masuk ke tengah jalan... si anak ni panik.. dirasakan tekan brek tapi tertekan minyak... ape lagi... melambungla si penunggang motor ke atas kereta dan mati ditempat kejadian... paling menyedihkan... si penunggang motor itu rupanya bawa sekali anaknya yang berumur 2 thn yang tercampak ke dalam semak... budak2 Allah lindungi. budak tu selamat...

nak tak nak.. kene ikut procedure.. si anak ni kenela duduk dalam penjara semalaman... oleh kerana berkat doa si ibu dan juga si anak ni seorang guru yang baik.. orang pejabat pendidikan daerah pun turun padang sekali selesaikan masalah... si anak tidak bleh bercakap sehingga keesokan harinya.... sehingga keluar penjara. untuk di soal siasat... trauma... si anak rasa yang amat bersalah pada keluarga si mati dan pada dirinya .. dia bergelar pembunuh walau tdak sengaja... pada masa itu dia mula teringatkan perilakunya pada ibunya dan orang sekeliling nya...

to be cont'd

perasaan marah

marah... tiada punca tapi asyik rasa nak marah... bila nak marah.. muka rasa panas.. kepala rasa panas.. terutama kat ubun-ubun kepala.. dada menahan marah rasa nak meletup... rasa geram.. nak blow marah sesuka hati tak boleh sebab fikiran masih waras.. tapi kadang-kadang ter"blow" jugak.. bila nak marah mulut ringan mengeluarkan perkataan yang kasar.. jelik.. kurang sedap didengar.. terutama kat orang yang nak di marah... itu ok lagi.. ade yang terus jek maki hamun... dah tak jaga perasaan orang dan keaiban orang dah... ade yang jenis marah tapi pendam perasaan marah.. ini selalu berlaku bila rasa nak marah atau perasaan memberontak tak puas hati kat orang rapat,.. family.. mak ayah.. sedara.. adik beradik.. kawan rapat... tapi situasi macam ni bahaya. sebab manusia ni ade certain yang ade tahap nye.. or limitation.. bila dah too much.. dah terlalu lama pendamm.. bila blow.. pergh... macam boom nuklear... tapi ade gak yang orang yang marah.. tapi dia tak tunjuk kat depan orang dia marah.. pendam gak la.. tapi lama-kelamaan dia jadi melaut, menyampah dan benci kat org yang dia rasa geram... lastly .. dia wat ignore jek ... but ade yang jenis marah.. naik kaki tangan... yang ni paling dasyat.. kalu bertekak aje tak pe lagi.. tapi sampai tahap bertumbuk ni memang tahap yang panas baran la...

perasaan marah ni tak elok sebab dia membuka kepada syaitan nak menguasai minda manusia... bukan itu saje... urat sarah pun jadi tegang.. boleh jadi strok. darah tinggi dan macam2 lagi penyakit.. nak lak jantung...

so.. how to takle perasaan marah ni... bleh mengikuti kursus la "anger management".. tapi kalu orang Islam ni senangla.. paling mudah ambil wuduk la... panas muka dan kepala tu sejuk skit kena air... xpun terus jek mandi ais... ade lagi cara yang mudah.. tarik nafas dalam2... byk kali la... tahan nafas.. baca allahuakbar .. sampai thp lama mana leh tahan nafas la.. nanti masa lepas nafas tu dapat rasa angin hemmbusan nafas tu panas... wat byk kali sambil beristighfar...

lagi satu,... blah jek.. tahan mulut dari bersuara.. better la.. dah rede sambung balik.. wakakka..
ade lagi.. minum air banyak2.... yang penting berdoa dan berusaha pada Allah supaya jadikan kita tergolong dalam golongan yang SABAR..

**berkata dan berhujah itu senang... theory is easy.. but practically... bersama-samalah cuba menangani masalah marah ni... perasaan marah yang boleh memecahblahkan ikatan silaturrahim yang murni...

CARA UNTUK MENJAUHKAN KENDERAAN DARI BERLAKU KEMALANGAN

Untuk mengelakkan kenderaan dari berlanggar atau kemalangan, sila lakukan seperti berikut:-

1. Sediakan air dalam satu bekas.

2. Setelah sediakan air, bacalah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan Surah An-nas 3 kali.

Setiap 3 kali di baca ayat yang di terangkan, hendaklah di tiupkan ke dalam air.

3. Setelah melakukan perkara yang di sebutkan di atas, siramkan air itu ke atas kereta kita dengan memulakannya dari arah berikut:-

· Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.

· Dari depan ke kiri.

· Dari kiri ke belakang.

· Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu.

Apabila anda lakukan seperti yang di tunjukan di atas, Insyaallah anda tidak akan menghadapi kemalangan yang besar, di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Perhatian: perkara yang di sebutkan di atas hanya perlu dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali sahaja.

Sesungguhnya ini adalah salah satu usaha dengan menggunakan ayat2 Allah. Kita kene ingat bahawa Qada' dan Qadar itu ketentuan Allah. Jika Allah berkehendakkan sesuatu berlaku Dia Maha Berkuasa kita hanya berikhtiar dan merancang sahaja. Cuma sentiasalah pohon Rahmat dan Perlindungan dari_NYA.

5 PERKARA DLM 5 PERKARA...

Aku mencari keberkatan keperluan hidup,
Aku mendapatinya dlm solat dhuha...

Aku mencari penerang utk alam kubur,
aku mendapatinya di dlm solat mlm...

Aku mencari jawapan utk menjawab soalan Malaikat,
Aku mendapatinya dlm membaca Al-Quran...

Aku mencari alat utk berpegang ketika menyeberang titian sirat,
Aku mendapatinya di dlm puasa dan sedekah...

Aku mencari naungan 'Arasy,
Aku mendapatinya dlm mengasingkan diri beribadah kpd Allah SWT....

12 PERKARA YANG PERLU KITA KETAHUI HARI INI

Daripada Muaz bin Jabal, sesungguhnya beliau telah bertanya kepada Baginda Rasulullah S.A.W mengenai ayat:
Maka menangis Rasulullah sehingga basah bajunya seraya bersabda:
Wahai Muaz, sesungguhnya engkau telah bertanya kepada aku mengenai perkara yang paling besar. Yang mana umat aku akan dibangkitkan di Padang Masyar dalam dua belas gambaran.

Pertama :Akan dibangkit dari kubur dengan tanpa tangan dan kaki.
Bertanya Muaz,apakah dosa mereka, ucap Rasulullah S.A.W :
Itulah mereka yang menyakiti jiran.

Kedua :Akan dibangkit dengan rupa seekor babi yang hitam.
Para sahabat bertanya, apakah dosa mereka? Jawab Baginda,
Itulah melengah-lengahkan solat lima waktu.

Ketiga :Mereka yang tidak mengeluarkan zakat dari kubur dengan rupa perut yang buncit seperti bukit yang ular dan jengking.

Keempat :Satu golongan yang akan dibangkitkan dengan rupa buruk serta darah dan nanah yang mengalir dari mulut mereka. Baginda Rasulullah S.A.W menerangkan itulah mereka yang menipu dalam urusan jual beli.

Kelima :Akan dibangkitkan dari kubur mereka dengan rupa bengkak-bengkak dan baunya Lebih busuk dari bangkai manusia. Sahabat bertanya lagi siapakah itu?Rasulullah S.A.W menjelaskan, itulah mereka yang menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, sebaliknya tidak takut akan Allah.

Keenam :Akan dibangkitkan dari kubur mereka dengan rupa terpotong tanpa kepala. Apakah dosa mereka, tanya sahabat. Rasulullah S.A.W menyatakan , itulah golongan saksi yang bohong.

Ketujuh :Akan dibangkitkan daripada kubur dengan rupa yang buruk tanpa lidah serta mengalir nanah, darah dan air busuk dari mulutnya. Siapakah mereka? JawabRasulullah, itulah mereka yang tidak mahu menjadi saksi kepada kebenaran.

Kelapan :Akan dibangkitkan daripada kubur mereka dengan rupa hitam mata biru dan perut mereka bersinar-sinar dipenuhi api neraka. Siapakah mereka itu?.Jawab Rasulullah S.A.W itulah mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

Kesembilan :Akan dibangkit daripada kubur mereka dengan rupa terbalik yang mana berjalan dengan kepala dan kali sebelah atas. Dosa apakah mereka itu wahai Rasulullah. itulah mereka yang berzina kemudian mati tidak bertaubat.

Kesepuluh :Akan dibangkit daripada kubur mereka dengan rupa hodoh di mana penuh dengan penyakit sopak balar dan kurap. Siapakan mereka itu. Jawab Rasulullah, ituah mereka yang derhaka kepada ibu bapa mereka.

Kesebelas :Akan dibangkit daripada kubur mereka hati, mata, gigi mereka seperti tanduk kerbau, bibir mulut mereka besar hingga menutupi paras dada, lidah mereka panjang hingga sampai atas perut dan paha, manakala keluar daripada perut mereka air nanah dan darah yang busuk. Siapakah mereka itu. Jawab Rasulullah SAW, itulah mereka yang meminum arak.

Keduabelas :Akan dibangkit dari kubur mereka dengan rupa bercahaya mukanya seperti bulan penuh purnama dan berjalan atas titian Siratun Mustaqim seperti kilat menyambar. Siapakah mereka itu, bertanya sahabat. Itulah mereka yang sentiasa melakukan perkara baik. Mereka itu menjauhkan perkara maksiat,mereka itu menjaga sembahyang lima waktunya dan mati selepas bertaubat, syurgalah balasan yang baik bagi mereka.

Kita sebagai umat Islam seharusnya insaf dan sedar, sesungguhnya kehidupan yang kita lalui ini hanyalah sementara sahaja. Lantaran itu, janganlah kita terpedaya dan hanyut dalam keenakkan dan keseronokan dunia sehingga kita melupakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT. Lakukanlah amalan-amalan yang boleh meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, dalam pada masa yang sama mempergunakan dunia ini sebagai jambatan menuju ke negeri yang kekal abadi.

Rabu, 22 Julai 2009

kenapa masih xdek kesedaranni.....

apesalla.. buku dah bagi.. artikel dah bagi.. consult dah banyak kali.. muka confident macam ok jek xdek masalah.. tapi kepala kaku.. tangan keras nak mula wat proposal ni.. smua dah disuap ni.. tinggal nak kunyah and telan jek pun. tak boleh jugak ... ape nak jadi ni... dh bape lame dah ni.... wake.. up.. nak wake up call... wake up call...

Selasa, 14 Julai 2009

peranan seorang adik pada kakaknya

"hancur hati ini. tak mungkin bertaut kembali.. ayang gagal"..


setelah mendapat pesanan ringkas itu aku masih lg dgn perbincangan dengan pensyarahku.. tapi aku sempat membalas message nye

"apa yang gagal ni sayang. lunch nanti B telefon. skang tgh consult dengan lecturer."

dalam pukul 1.30 tengah hari aku cuba menghubunginya... tapi gagal. telefonnya telah pun dimatikan. boleh dikatakan setiap sejam aku akan mendail nombornya.. tapi telefonnya masih dimatikan... aku buntu... apakah sebenarnya yang terjadi...

duduk berseorangan ... cuba mendail lagi... tidak juga dapat dihubungi.. messagenye ku baca berulangkali... akhirnya aku mendapat idea untuk memberi pesanan ringkas sahaja... aku berharap dia dapat membacanya..

"nape off hp ni sayang. stiap apa yg terjadi tu ade hikmahnye. Ingat pada Allah. di Saat awal sesuatu terjadi, kita yang tak tabah memang akan hilang pertimbangan. cuma ia mengambil masa untuk kembali reda. cuma satu jek B pesan. jangan merosakkan diri dan masa depan sendiri. sebab itu akan memusnahkan masa depan ayang. orang yang berharap terhadap kejatuhan ayang pasti gembira.. dan syaitan pun pasti suka... ayang pun dah dewasa.. fikirla."

aku berharap pesanan aku tu sedikit sebanyak dapat meredakan dan memberi perangsang padanya...

dia aku sayangi... dia aku rindui... dia aku kasihi... tapi itu tidak menunjukkan semua perilakunya betul dimata ku... manusia itu tidak sempurna... nobody perfect... thats why Allah jadikan kita perlu saling tolong menolong.. bekerjasama.. untuk melengkapi kelemahan yang kita ada...

cuma dalam kehidupan ini.. setiap individu punyai ciri diri tersendiri.. ade yang tegas.. keras... utuh dengan pendirian diri walau kadang2 ia tersasar... ade yang lemah.. sentiasa pasrah.. redha... sentiasa dikuti.. dicaci.. dihina... dikeji.. tapi tetap sabar... inilah yang Allah sukai... seorang yang REDHA,... menerima Qada' dan Qadar dengan hati yang tulus...

akan tetapi cukup susah untuk mencapai ke tahap seorang yang SABAR, REDHA, .. memang payah.. aku sendiri pun tewas dengan perasaan, emosi aku sendiri...

tetapi yang pasti YAKIN dan PASTI pada ALLAH... pohon kepadaNYa kurniakan kesabaran dan kesyukuran dihati kita,,..

amalkan Asma Ul Husna.. beristighfar.. sentiasa memuji Allah.. mulakan sesuatu dengan bismillah... saburan syakuran... bersabar dan bersyukur... pasrah redha...

kurniakanlah jiwaku ketenangan
jauhi daku dari kesedihan dan kecelakaan
Ya Allah jadikanlah aku di antara umat yang Kau kasihi
Limpahkanlah rahmat kepadaku...
kurniakan aku ketabahan dalam menghadapi dunia hari ini..
ameen...

sakit sendi


Pengenalan

Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu,
siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan
pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu
sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau yang disebabkan
oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke
individu yang lain.

Sebab-Sebab Sakit Sendi

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka.
Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal
saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

• Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang
terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat,
postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.

• Berat badan berlebihan
• Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
• Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
• Penyakit sendi seperti arthritis
• Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
• Penyakit tulang
• Ketumbuhan
• Jangkitan kuman
• Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
• Penyakit kronik
• Ubat-ubatan

Rawatan

Sakit sendi selalunya bukan disebabkan oleh penyakit kronik.

• Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi
tersebut secukupnya contohnya dengan penggunaan ´splint´ (pengampu).

• Kerap mengenakan ´cold pack´(contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi
yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan
kemerahan(keradangan)

• Selepas beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas . Urut secara
lembut juga boleh membantu

• Kenakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi.

• Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis ´nonsteroidal
anti-inflammatory´ (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini
boleh didapati di farmasi.

• Kurangkan berat badan
• Guna kasut bertumit rendah
• Bijak menangani tekanan
• Dapatkan rawatan bagi penyakit yang khusus

Bila Harus Berjumpa Doktor?

• Jika sakit berlarutan walaupun telah merawatnya dengan cara di atas
• Jika sakit bertambah teruk dan tidak lega dengan ubat penahan sakit
• Berjumpa doktor segera setelah cedera
• Sakit yang menghalang anda dari bekerja
• Sakit yang berserta dengan demam, muntah, sesak nafas, kebas dan lemah
• Penurunan berat badan yang serius
• Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar
• Penglihatan yang kabur
• Sakit perut atau cirit
• Sendi yang bengkak dan merah
• Menghidap HIV atau kanser

Pencegahan

• Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
• Tidur di atas tilam yang keras
• Elakkan mengangkat barang berat
• Kerap bersenam - elok untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
• Pengurangan berat badan boleh membantu
• Mengamalkan rehat seketika termasuk regangan ketika memandu, berdiri atau duduk
yang lama
• Menangani tekanan.

Soalan Lazim

Adakah penggunaan ubat penahan sakit yang berlarutan tidak menjejaskan
kesihatan?

Tidak, penggunaan yang berlarutan tanpa penyeliaaan doktor boleh membahayakan

Adakah penggunaan ubat gosok atau krim penahan sakit berguna?

Ya, ia boleh membantu bagi kesakitan yang ringan.

Adakah pengambilan ubat tradisional selamat?

Boleh membahaya jika produk atau pengeluarnya tidak berdaftar dengan Biro Kawalan
Farmasi.

Selasa, 7 Julai 2009

Hati keras seperti batu, takde perasaan? Mohonlah Pada Allah.

tiada kasih
tiada cinta
tiada sayang
mampukah aku meneruskan hidup..

tidak di ingini
hanya ingin dijauhi..
dibenci..
dicaci.
dikata..

tiada pendirian..
terumbang ambing
tanpa halatuju..
kerasnya hati ini..

tiada perasaankah aku..
kayukah hati ini..
sudah keringkah hati ini..

Ya Allah..
sungguh aku takut dengan diriku kini
kaku.. hati membeku
keras seperti batu..

Ya Allah
pupukkanlah kecintaan di hatiku

Ya Allah
pupukkanlah kasih sayang dihatiku

Ya Allah
lembutkanlah hati ku ini

Ya Allah
sungguh aku takut..
aku menjadi seorang yang kejam
sungguh aku takut
menjadi seorang yang zalim
sungguh aku takut
menjadi seorang yang penting diri..
sungguh aku takut
menjadi seorang Penderhaka..

Ya Allah
ku pohon hidayah daripadaMU
Kerna hanya Engkau
yang mampu membantuku..


Bersedih? Mohonlah Pada Allah

Mengapa ianya berlaku?
Sedih, terlalu sedih,
hingga tak aku sedari,
aku mengelamun jauh,
kosong, sepi....
usah ditanya mengapa ia berlaku,
kerana itulah suratan,
untuk aku lalui....

tidak ku duga itu berlaku,
kesannya begitu mendalam,
cuma yang pasti..
aku terluka...

ku pohon kepada Allah,
tabahkanlah hatiku ini,
dalam menghadapi,
suratan ini,
hari meniti hari..
hanya kepadaMu Ya ALLAH,
aku berserah....